Blogger templates

Home » » PERKARA PERLU DILAKUKAN SETELAH MEMASANG UBUNTU 12.04 (VERSI 3)

PERKARA PERLU DILAKUKAN SETELAH MEMASANG UBUNTU 12.04 (VERSI 3)

Posted by apa aja ada on Kamis, 20 Februari 2014

Kini setelah selesai pemasangan Ubuntu 12.04, berikut adalah beberapa lagi minor tweak untuk anda lakukan bagi melengkapkan lagi Ubuntu anda.

1. Pasang Jupiter Untuk Mengurangkan Kepanasan (Overheating)

Jupiter Applet ialah tool ringkas yang digunakan untuk mengawal kuasa bateri (Laptop/Netbook), mengawal resolusi serta orientasi skrin, dan beberapa fungsi yang lain. Jupiter berinteraksi dengan parameter sistem operasi dan secara tidak langsung mengawal kepanasan serta kuasa bateri pada tahap optimum. Ia disokong oleh WebUpd8 Team, jadi anda dapat pasangkan pada Ubuntu dengan mudah melalui PPA:
sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/jupiter
sudo apt-get update
sudo apt-get install jupiter

Selepas siap dipasang, pilih mode 'Power Saving' dari pilihan Performance ---> Power Saving.


Apa? Mahu tema Mac OS X seperti di atas? Sabar.. tutorial bakal menyusul.

2. Hidupkan Fungsi Windows Dodge

Windows Dodge ialah fungsi dimana apabila ada tetingkap yang dibuka secara skrin penuh, Unity Launcher akan disembunyikan. Namun fungsi ini telah diganti dengan Auto-Hide pada Ubuntu 12.04 atas masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan oleh pembangun. Bagaimanapun terdapat tampalan yang dibuat oleh seorang ahli forum Ubuntu dan ia dapat dipasang melalui PPA di bawah:

sudo apt-add-repository ppa:ikarosdev/unity-revamped
sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade

Hidupkan fungsi ini menggunakan CompizConfig Settings Manager:


3. Hidupkan Login Sound

Jika tweak yang diberikan sebelum ini tidak berhasil, maka ini adalah jalan penyelesaiannya.

Buka Terminal, dan masukkan baris perintah berikut:

sudo gedit /etc/xdg/autostart/loginsound.desktop
- See more at: http://www.omghackers.com/2012/05/perkara-perlu-dilakukan-selepas_09.html#sthash.6Bc8IR37.dpu


0 komentar:

Posting Komentar

.comment-content a {display: none;}